~ Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh.
~ Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki, jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki.
Ada sesiapa boleh jawab, kenapa?
~ Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon
~ Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu
berasal dari planet Hoova.
~ Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya.
~ Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna
menjadi kemerah-merahan.
~ Kaca gelas pecah dengan kelajuan 4,827 km/j
~ Kita lebih berisiko untuk dipanah petir daripada dimakan jerung, kita lebih berisiko disengat lebah pada cuaca berangin
berbanding cuaca tenang, dan tubuh kita lebih banyak membakar kalori ketika tidur berbanding ketika duduk menonton televisyen.
~ Otak kita mengandungi 80% air, otot membentuk separuh daripada berat badan kita.
~ Fakta menarik tentang haiwan: zirafah membersihkan telinganya menggunakan lidahnya sepanjang 50 cm, badak air mampu berlari
lebih pantas daripada manusia, kuda tidur secara berdiri, obor-obor mangandungi 95% air, dan kanggaru boleh melompat sejauh
9 meter sekali lompatan. Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi kerana ekornya itu
bertindak sebagai topang.
~ Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya, tetapi pada kulitnya.
~ Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf
dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W
~ Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous
dan hazardous.
~ Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka). Sementara itu, di West Virginia, Amerika Syarikat pula
terdapat sebuah tempat bernama 666.
~ Secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit.
~ Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah ialah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya.
~ Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat.
~ Tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin,
homisid (pembunuhan sesama manusia), bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS.
~ Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur.
~ Jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding
motosikal, bas, kereta api dan kereta.
~ Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China,
cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter.
~ Sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala
dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti.
~ Awas! Kepada penggemar kopi, anda mesti berhati-hati kerana terdapat kira-kira 1,000 bahan kimia yang terkandung dalam secawan kopi.
Bagaimanapun, hanya 26 sahaja yang dikenal pasti dan setengah daripadanya mengakibatkan kanser ke atas tikus yang diuji kaji.
~ Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram.
~ Ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km.
~ Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi.
~ Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia.
~ Ikan jerung kebal terhadap penyakit barah manakala jika seekor katak membuka mulutnya terlalu lama, ia akan mati lemas.
~ Udang karang memngambil masa selama tujuh tahun untuk mencapai berat 500 gram.
:hehehe sekadar menambah ilmu pengetahuan.....